fbpx

Trump mahu negara ketiga terima PATI Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EJEN persekutuan menahan seorang imigran lelaki di Bandar Raya New York pada 7 Julai lalu. – AFP

ABUJA –  Nigeria semalam menolak untuk menerima rakyat Venezuela yang diusir dari Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump mendesak negara-negara Afrika menerima pengusiran pendatang tanpa izin (PATI) dari seluruh dunia.

Mengusir PATI ke negara-negara ketiga menjadi ciri khas pentadbiran Trump dalam menangani masalah kebanjiran imigran, terutama dengan menghantar beratus-ratus orang ke penjara terkenal di El Salvador.

“Washington memberikan tekanan besar kepada negara-negara Afrika supaya menerima rakyat  Venezuela yang akan diusir dari AS,” kata Menteri Luar Nigeria,  Yusuf Tuggar dalam wawancara bersama saluran Channels Television.

“Sukar bagi Nigeria untuk menerima tahanan Venezuela,” tambahnya.

Tuggar berkata, ancaman tarif oleh Trump terhadap blok politik BRICS — di mana Nigeria adalah anggotanya — mempunyai kaitan dengan penerimaan PATI yang diusir AS.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan Trump bersama lima pemimpin negara Afrika Barat di Washington. Trump mendesak mereka menerima pengusiran PATI dari seluruh dunia, demikian menurut akhbar Wall Street Journal.

Presiden Guinea-Bissau yang menghadiri pertemuan di White House bersama rakan-rakan  sejawatnya dari Senegal, Liberia, Mauritania, dan Gabon bagaimanapun berkata,Trump ada membangkitkan isu tersebut tetapi ‘tidak meminta kami untuk menerima PATI AS’.

Dalam langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini, Trump menyelaraskan pengusiran beratus-ratus orang ke Panama, termasuk sebilangan imigran yang mana permohonan suaka mereka belum diproses. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI