fbpx

Pemandu, 22 pekerja asing cedera bas jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bas dinaiki 22 pekerja asing terlibat dalam kemalangan selepas terbabas ke dalam longkang di Jalan Perindustrian Senai 4, Kulai semalam.

KULAI – Seorang pemandu bas dan 22 penumpang mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Jalan Perindustrian Senai 4 di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) bagi mendapatkan rawatan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun hilang kawalan ketika keluar dari simpang ke sebelah kiri.

“Bas kemudian terbalik ke dalam longkang di sebelah kanan menyebabkan pemandu dan 22 pekerja warga asing berusia antara 25 hingga 30 tahun turut mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, ujian urin dibuat terhadap pemandu bas mendapati dia negatif penyalahgunaan dadah.

“Manakala kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI