fbpx

Pelajar Britain hilang semasa berkunjung ke Malaysia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balisong berlepas seorang diri dari Lapangan Terbang Manchester ke KLIA pada 6 Jun lalu. - GoFundMe

LONDON – Seorang remaja Britain hilang tanpa jejak selepas meninggalkan rumahnya dan menaiki penerbangan sehala ke Malaysia tanpa pengetahuan keluarga, lapor portal berita Mail Online semalam. 

David Balisong, 17, memberitahu adiknya bahawa dia akan keluar ke kolej lebih awal kerana sedang menduduki peperiksaan GCE pada 6 Jun lalu. 

Kehilangan Balisong disedari tidak lama kemudian apabila dia tidak pulang ke rumah, mematikan telefon bimbitnya serta tidak membalas e-mel. 

Keluarga Balisong juga mendapati dia telah membawa pasport miliknya.  

Polis mengesahkan Balisong berlepas seorang diri dari Lapangan Terbang Manchester dan diberikan visa selama 90 hari sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Ibu Balisong dikenali sebagai Minerva, 50, berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan tindakan anaknya selain berharap remaja terbabit dalam keadaan selamat. 

“Perasaan kami seperti tsunami, kami tidak pernah menjangkakan perkara ini terjadi. Kami bangun dari tidur dan mendapati anak kami tiada. 

“Kami hanya mahu dia berhubung dan mengetahui bahawa kami tidak marah kepadanya, kami menyayanginya dan mengambil berat lebih daripada yang dia tahu.

“Kami tidak sabar untuk mendengar atau berjumpa dengannya. Kami tidak akan meminta dia kembali ke United Kingdom (UK) jika dia tidak mahu tetapi kami hanya perlu tahu dia selamat,” kata Minerva. 

Balisong dilaporkan mempunyai hanya £1,200 (RM6,936) dalam akaun banknya semasa meninggalkan UK. 

Dia juga tidak mempunyai saudara mara atau atau kenalan lain di Malaysia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI