fbpx

Muridku, suamiku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ajeng dan Fikri berkahwin pada tahun ini. - TikTok

JAKARTA – Seorang guru di Sungai Lilin, wilayah Sumatera Selatan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana berkahwin dengan bekas pelajar sendiri yang berusia enam tahun lebih muda daripadanya, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Menurut guru dikenali sebagai Ajeng itu, dia mula bertemu dengan suaminya, Fikri, 21, ketika menjadi guru pelatih di sebuah sekolah menengah pada tahun 2022.

Kata Ajeng, hubungannya dengan Fikri ketika itu hanya sekadar guru dan murid, malah mereka masing-masing sudah mempunyai kekasih.

Namun, selepas Fikri tamat persekolahan, dia secara tiba-tiba mengajak Ajeng keluar bersama.

Wanita itu bagaimanapun menolak perlawaan tersebut kerana sudah mempunyai teman lelaki.

Kata Ajeng, selepas beberapa lama kemudian, dia memutuskan hubungan dengan teman lelakinya atas faktor perbezaan agama sebelum hubungannya dengan Fikri semakin rapat.

Fikri kemudian bekerja untuk membuktikan bahawa dia mampu menggalas tanggungjawab menjadi suami, manakala Ajeng menunggunya selama tiga tahun sebelum mereka berkahwin tahun ini.

Video hantaran yang memaparkan gambar pasangan itu ketika di sekolah dan selepas berkahwin menjadi tular, dengan pengguna media sosial memberikan pelbagai komen.

“Definisi sebenar muridku, suamiku,” kata seorang netizen.

“Saya juga menjadi guru ketika muda. Jika ada pelajar yang mahu mendekati, saya menjaga batas kerana sedar kita ialah pendidik yang patut dicontohi, dan bukan bercinta,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI