fbpx

‘Al-Fatihah, hilang keluarga serentak bukan mudah diterima’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vida turut bersedih dengan tragedi penemuan jasad enam sekeluarga di dasar Sungai Korok, Kedah.

PETALING JAYA – Terkesan dengan insiden tragik membabitkan penemuan jasad enam sekeluarga di dasar Sungai Korok, Kedah awal pagi semalam, usahawan Datuk Seri Vida turut menzahirkan rasa dukacita.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 53, tampil memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa dengan menyedekahkan bacaan surah al-Fatihah.

“Innalillahi wainnailaihi raji’un. Satu tragedi yang meruntun jiwa kehilangan serentak dalam satu keluarga bukan mudah untuk diterima.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan memberi kekuatan kepada ahli keluarga yang tinggal. al-Fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Perkongsiannya meraih maklum balas pengguna akaun media sosial lain yang tidak ketinggalan menitipkan doa buat keluarga terbabit dan menzahirkan takziah kepada waris.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita yang mengikuti berita ini turut sama bersedih,” kata seorang netizen.

“Semoga ahli keluarga mangsa kemalangan ini diberi kekuatan dan satu-satunya anak yang masih ada terus tabah atas kehilangan ini,” tulis pemilik akaun lain.

Dalam kejadian menyayat hati itu, kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki suami isteri bersama empat anak mereka termasuk bayi berusia enam bulan ditemui berada di dasar Sungai Korok.

Siasatan mendapati terdapat kesan kenderaan terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai berkenaan yang dipercayai berlaku pada Sabtu lalu.

Ahli keluarga mangsa juga sebelum ini sudah membuat laporan orang hilang selepas tidak dapat menghubungi abangnya itu.

Terdahulu, pada Ogos 2013 Vida kehilangan dua anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, akibat lemas dalam kebakaran di kediaman dua tingkat juga asrama pekerja mereka di Meru, Perak.

Vida mempunyai dua lagi cahaya mata, Nur Edlynn Zamileen, 20, atau Cik B serta Eric Zaquan (Kacak), 18. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI