fbpx

Minta pandangan 3 bekas PM cara tambah pendapatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (kiri) ketika berucap pada Persidangan Tahunan Bersatu Bahagian Tambun di Pusat Konvensyen Casuarina di Ipoh semalam.

IPOH – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat terdapat pelbagai mekanisme yang boleh dilakukan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan negara berbanding menaikkan kadar cukai semata-mata.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak berharap kerajaan mendapatkan pandangan tiga bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri untuk berbincang dan meneroka kaedah terbaik menambah pendapatan negara tanpa menaikkan kadar cukai dan mengurangkan subsidi.

“Tentu mereka (ketiga-tiga bekas Perdana Menteri) akan berkongsi pandangan, idea untuk (membantu) tentang soal kehidupan rakyat sekarang ini.

“Pelarasan tarif elektrik dan petrol akan datang akan menambah beban kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang akhar sebelum Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Tambun 2025 di Hotel Casuarina Meru di sini malam semalam.

Bermula 1 Julai lalu, kerajaan telah menguatkuasa tiga pindaan utama kepada peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta pelarasan tarif elektrik dan subsidi.

Beliau berkata, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) boleh ditambah kepada rakyat yang layak untuk mengurangkan beban yang mereka hadapi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI