fbpx

[VIDEO] Hilang iPhone dua bulan, lelaki budiman pulangkan dapat angpau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Angela bersama lelaki yang menyerahkan kembali Iphone kesayangan yang hilang selama dua bulan.

PETALING JAYA – Seorang wanita dikenali sebagai Angela1391 mencuri perhatian selepas berkongsi momen mengharukan apabila iPhone miliknya yang hilang sejak dua bulan lalu ditemui dan dipulangkan oleh seorang lelaki budiman.

Menerusi perkongsian Hiddenseek.my di laman TikTok, video tular itu menunjukkan Angela yang sebak menerima semula telefonnya daripada lelaki berkenaan, sebelum secara spontan memeluknya sebagai tanda terima kasih.

Lebih manis, Angela turut memberikan angpau sebagai tanda penghargaan kepada lelaki itu atas kejujurannya.

“Hai semua, sayalah perempuan dalam video tu. Saya betul-betul terharu waktu tu. Pelukan tu datang daripada rasa syukur yang sangat mendalam, tak ada maksud lain.

“Jadi tolong jangan fikir bukan-bukan ya. Paling penting, terima kasih banyak kepada lelaki tu. Saya sangat hargai apa yang awak lakukan,” katanya.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 75,000 tontonan dan dihujani komen positif daripada netizen yang memuji kejujuran lelaki tersebut serta rasa syukur melihat nilai murni masih wujud dalam masyarakat hari ini.

“Bagusnya abang tu! Amanah dan jujur. Respect!” komen Hanna.

“Tak ramai yang sanggup pulangkan barang hilang, apatah lagi lepas dua bulan. Semoga rezeki abang tu makin murah,” kata Williams. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI