fbpx
Contoh karipap angin aduan paling tinggi mengenai jualan bazar setiap kali bulan Ramadan.

Karipap angin, lauk ‘recycle’ aduan popular bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Peniaga maka­nan khususnya di bazar Ramadan diingatkan supaya mengamal­kan etika perniagaan yang baik bagi mengelakkan aduan po­pular se­tiap tahun seperti karipap ‘angin’ dan lauk kitar semula.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, semua peniaga termasuk yang lama dan baharu perlu memastikan setiap maka­nan yang dijual berkualiti.

“Cake amat ambil berat tentang isu keselamatan makanan ke­rana saban tahun terdapat adu­an makanan tidak berkualiti yang sering kali menjadi trending dan disebut-sebut pengguna.

“Antaranya karipap angin, ma­ka­nan berulat dan dipanaskan semula, makanan basi sehingga berlaku keracunan makanan,” ka­tanya kepada Kosmo! di sini se­malam.

Kata beliau, bagi peniaga lama, gunakan pengalaman dalam industri makanan untuk menjaga kualiti makanan yang dijual yang mana kebanyakan mereka memiliki kedai makan atau restoran sendiri.

“Perkara sama juga perlu dipatuhi peniaga baharu, pastikan keselamatan dan kualiti maka­nan termasuk daripada segi rasa. Jika makanan sedap, sudah pasti pelanggan akan cari dan beli lagi,” ujarnya.

Mohamad Yusrizal juga mena­sihatkan kepada pengguna agar memilih makanan yang hendak dibeli dan tidak melakukan pembaziran.

“Jangan beli secara boros kerana Ramadan ini, bulan untuk kita kurangkan makan. Jagalah kesihatan dan amalkan pemakanan yang sihat. Sekiranya ada peniaga yang mempunyai reputasi buruk, pengguna ada hak untuk boikot,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN