DISEBABKAN drama Dia Bukan Syurga, nama Ezzanie Jasny dan Niezam Zaidi meledak dalam media sosial ketika ini.
Setiap hari ada sahaja video mereka yang dimuat naik peminat. Diva pun tak nafikan lakonan mereka dalam drama tersebut memang bagus, menjadi!
Tapi biasalah, bila sudah ada keserasian dalam drama, peminat pun mula masuk jarum untuk ‘kenen-kenenkan’ dua pelakon itu.
Kata mereka, Ezzanie dan Niezam pun sama-sama solo, tidak salah pun kalau bercinta.
Mentang-mentanglah Niezam baru putus cinta, laju saja peminat nak jodohkan dia dengan perempuan lain.
Tak apalah, kalau ada jodoh apa salahnya atau mereka hanya berjodohan dalam drama sahaja.
Diva: Betul ke My Chemical Romance nak buat konsert di Malaysia? Tak baik permainkan perasaan peminat.