fbpx

Bola api misteri muncul di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBOLA api (kiri) muncul di langit Carolina Selatan. - Foto Soryfull/Kathryn Farr

WASHINGTON – Satu bebola api besar dipercayai meteor dilihat terbang di langit pada waktu siang di tenggara Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita NBC News kelmarin.

Pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menerima banyak laporan mengenai bola api yang dilihat di negeri Carolina Selatan, Virginia dan Georgia.

Satu rakaman video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan bebola api itu meluncur turun dari langit di sebuah lebuh raya di Carolina Selatan.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengesan bebola api itu daripada imej satelit.

“Pengesanan berasaskan satelit menunjukkan terdapat jejak dalam langit yang tiada awan,” kata agensi itu di platform X.

Laporan laman berita 1news menyebut, lebih 200 orang merentasi enam negeri di AS melaporkan melihat jejak objek misteri itu kelmarin.

Perkhidmatan cuaca kemudian memaklumkan kepada pejabat syerif di Newton County, Georgia bahawa bebola api itu berkemungkinan meteor.

Ia percaya bahawa lebih banyak meteor seperti tu mungkin sedang bergerak ke AS. 

Menurut Pengurusan Kecemasan Daerah Henry, seorang penghuni sebuah rumah menyatakan bahawa terdapat batu jatuh dari siling mereka sebelum pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI