fbpx

Minuman probiotik bantu cegah toksin bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Profesor Madya Dr. Mohd Redzwan Sabran (gambar kecil).

PETALING JAYA – Pengambilan minuman probiotik yang mengandungi bakteria shirota strain berpotensi mengurangkan kepekatan aflatoksin berbahaya dalam tubuh manusia.

Menurut penyelidik utama, Prof. Madya Dr. Mohd Redzwan Sabran dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), dapatan tersebut hasil kajian bersama antara Yakult Honsha Co., Ltd. dari Jepun dan UPM melibatkan 174 individu dewasa sihat di Malaysia.

Katanya, peserta kajian mengambil dua botol minuman mengandungi 30 bilion unit Lacticaseibacillus paracasei Shirota strain setiap hari selama 12 minggu.

“Hasilnya, kadar aflatoksin dalam air kencing peserta menunjukkan penurunan ketara dalam kalangan mereka yang mengambil minuman probiotik berbanding kumpulan plasebo.

“Ia merupakan langkah penting dalam bidang kesihatan pencegahan, khususnya bagi rakyat Malaysia yang terdedah kepada aflatoksin melalui pemakanan harian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, aflatoksin merupakan bahan kimia toksik yang dihasilkan oleh kulat tertentu yang tumbuh pada makanan seperti bijirin dan kekacang, terutama dalam cuaca panas dan lembap.

Malah, toksin tersebut juga dikenal pasti sebagai penyumbang kepada risiko kanser hati dan pelbagai masalah kesihatan lain.

Kajian turut mendapati individu yang lebih peka terhadap pencemaran aflatoksin mencatatkan tahap toksin lebih rendah dalam darah, manakala mereka yang gemar mengambil bijirin menunjukkan paras aflatoksin lebih tinggi dalam air kencing.

Sementara itu, Yakult Malaysia memaklumkan penemuan tersebut menunjukkan potensi minuman probiotik yang mengandungi Shirota strain sebagai langkah pencegahan di kawasan yang berisiko tinggi terhadap pencemaran aflatoksin.

Pihaknya turut komited menyokong penyelidikan saintifik dan pendidikan kesihatan berkaitan manfaat probiotik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI