fbpx

[VIDEO] ‘Cik B siapa sebenarnya, boleh ubat sihir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Cik B di podcast Sembang Seram.

PETALING JAYA – Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendakwa dirinya memiliki kebolehan untuk merawat individu yang terkena sihir sejak kecil.

Pendedahan itu dibuat menerusi podcast Sembang Seram di saluran YouTube, apabila Edlynn Zamileen Mohd. Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B berkongsi pengalaman merawat seorang lelaki ketika usianya masih kanak-kanak.

“Waktu saya kecil, saya belajar baca surah-surah. Ada seorang pak cik, matanya merah. Saya pegang mata pak cik tu dan baca apa yang saya belajar.

“Keesokan harinya, dia datang semula kepada saya dan tunjuk matanya dah sembuh. Lepas tu, saya balik ke Kelantan, orang kampung dah tahu kisah tu. Ramai sangat datang ke rumah mak cik saya minta tolong ubatkan mereka.

“Masa tu saya masih budak dan ingat ia macam main-main. Tapi saya ubatkan mereka seorang demi seorang, dan semuanya kata dah sihat,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dengan pengalaman luar biasa itu.

“Cik B siapa sebenarnya? sampai boleh ubatkan sihir orang,” kata seorang pengguna.

“Daripada penceritaan Cik B, dia bukan orang biasa. Sebab tu hijab dia terbuka. Kadang-kadang boleh nampak apa yang orang lain tak nampak,” kata Apis Nordin.

“Orang yang boleh berubat ni biasanya boleh tengok benda tersembunyi. Dia macam ada khadam atau pendamping. Susah nak jelaskan,” komen Dayana Majed. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI