fbpx

[VIDEO] ‘Seram restoran penuh, tetapi satu kereta pun tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Cik B di podcast Sembang Seram.

PETALING JAYA – Pengalaman seram pernah dilalui beberapa tahun lalu dikongsikan oleh Cik B, anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida, menerusi podcast Sembang Seram.

Menurut Edlynn Zamileen Mohd. Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B, 20, kejadian itu berlaku pada tengah malam ketika beliau bersama keluarga dalam perjalanan dari Kelantan ke Ipoh, berkonvoi menaiki dua kereta sambil memasang lagu dengan kuat sebelum ditegur oleh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pegawai JPJ itu hentikan kereta dan hanya pesan supaya jangan terlalu ‘galak’. Tidak lama selepas itu, kereta kami seperti terlanggar lubang dan terpaksa berhenti di tepi jalan,” katanya.

Ketika memeriksa tayar, mereka terlihat restoran Nasi Ayam Malaysia di atas bukit berhampiran gaung yang meriah dengan bernyanyi beramai-ramai lagu kuda kepang yang pada pukul 2 pagi.

“Orang ramai dalam restoran langsung tak pandang kami. Bila kami turun bukit, baru tersedar restoran itu penuh, tetapi tiada satu pun kereta kelihatan. Rupa orang-orang di situ pun macam berpusing,” katanya.

Tambahnya, sepanjang menuruni bukit tersebut, beberapa lori yang melalui kawasan itu membunyikan hon seolah-olah memberi isyarat supaya mereka segera meninggalkan lokasi berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen, ramai yang pernah melalui pengalaman yang sama sepertinya.

“Itu bukan kedai asli, itu tempat bunian,” kata Asie.

“Bunian pun nak hiburan juga,” komen Alina. -KOSMO! ONLINE

@sembangseram Nasi ayam Malaysia eh ? Korang pernah nampak ke tak? Cuba bgtahu sikit geng #CikB #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast ♬ original sound – sembangseram

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI