fbpx

Ozzy Osbourne jual air DNA kepada peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DNA Ozzy akan tersedia di dalam 10 tin teh ais edisi terhad. - Liquid Death

LONDON – Bintang rock, Ozzy Osbourne memberi peluang kepada peminat untuk memiliki asid deoksiribonukleik (DNA) dirinya menerusi air minuman edisi khas yang dikeluarkan, lapor laman berita Mirror UK semalam.

Penyanyi dan penulis lirik dari Britain itu bekerjasama dengan sebuah syarikat minuman, Liquid Death untuk mengeluarkan tin minuman digelar Infinitely Recyclable Ozzy by Liquid Death. 

Menerusi kerjasama itu, DNA Ozzy akan tersedia di dalam 10 tin teh ais edisi terhad.

“Ozzy Osbourne adalah satu dalam satu. Kami menjual DNA sebenarnya  supaya anda boleh mengitar semula dirinya selama-lamanya,” kata Liquid Death. 

Dalam video  promosi yang dikongsikan di laman web Liquid Death, Ozzy dilihat meminum air minuman dalam tin itu sebelum menghancurkan dan meletakkannya di dalam bekas bertutup.

“Setiap tin mengandungi DNA surih daripada air liur Ozzy serta tanda tangannya.

“Kini, setelah teknologi dan undang-undang persekutuan membenarkan, anda boleh meniru Ozzy dan menikmatinya selama beratus-ratus tahun,” demikian menurut keterangan klip video itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI