fbpx

‘Memang sweet, terima kasih Balong, lain hari lain bunga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amira melahirkan rasa apresiasi selepas rakan sekerjanya, Fattah sekali lagi mengirimkan jambangan bunga. - INSTAGRAM

PETALING JAYA – Hari kedua menerima rawatan di hospital, penyanyi Amira Othman sekali lagi mencuri tumpuan apabila menerima jambangan bunga daripada pelakon Fattah Amin.

Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, menyifatkan Fattah sebagai seorang lelaki yang romantik kerana akan mengirimkan bunga berlainan setiap hari sepanjang berada di hospital.

“Terima kasih Balong (panggilan Fattah). Balong kalian memang sangat ‘sweet’ .

“Lain hari lain bunga katanya,” tulisnya dalam InstaStory.

Dalam hantaran lain, penyanyi yang popular dengan lagu Hati Hati itu memohon maaf sekiranya tidak menjawab panggilan telefon atau mesej kerana mengalami sakit kepala yang teruk kesan daripada keracunan makanan.

“Telefon penuh panggilan dan WhatsApp. Saya ada masa tak boleh tengok telefon sebab pening yang sangat dahsyat. Mungkin sebab darah saya hari-hari rendah.

“Saya minta maaf semua kalau yang saya tak angkat. Saya sedang berjuang dengan sakit kepada ini.

“Terima kasih atas doa yang baik-baik. Semoga kita semua sihat dan dilindungi selalu,” ujarnya.

Semalam, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 35, hadir melawat Amira dan menggelar wanita itu sebagai ‘rakan sekerja’.

Dia juga memuat naik foto Amira bersama sejambak bunga yang dipercayai diberinya.

Sebelum ini, hubungan Fattah dan Amira mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu.

Mesti kerap diasak menjelaskan status hubungan mereka, Amira dan Fattah terus ‘sepakat’ menjelaskan mereka hanya sekadar rakan sekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI