fbpx

Cuaca buruk landa Perlis, Kedah, Sabah hingga 4 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaa hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di beberapa kawasan di Perlis, Kedah dan Sabah sehingga pukul 4 petang ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis dan sebahagian daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena serta Padang Terap.

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sabah malibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI