fbpx

Polis belum terima laporan kes tipu haji mangsa dari Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

BATU PAHAT – Polis mengesahkan pihaknya masih belum menerima laporan berkaitan kes penipuan haji melibatkan 49 individu termasuk peniaga dari Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan kes itu bagaimanapun sudah mula dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mantin memandangkan transaksi wang berlaku di daerah berkenaan.

“Belum ada laporan diterima daripada peniaga berusia 63 tahun di Batu Pahat,” katanya.

Sebelum itu, peniaga tersebut mendakwa ditipu seorang ‘agamawan’ sehingga menyebabkan seramai 49 jemaah terpaksa melalui jalan sukar untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pihaknya sedia memberi bantuan yang diperlukan oleh pihak berkuasa dalam menyelesaikan isu tersebut termasuk mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI