fbpx

13 rakyat Israel maut serangan Iran, 370 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISRAEL memintas peluru berpandu Iran di Tel Aviv hari ini. - Foto AFP

TEL AVIV – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan lebih 370 cedera manakala sejumlah lagi masih hilang, lapor portal berita NBC News hari ini yang memetik pegawai Israel sebagai berkata.

Israel turut melancarkan serangan udara besar-besaran menyasarkan Kementerian Pertahanan Iran dan kemudahan pengeluaran minyak.

Iran dilaporkan melancarkan lebih 100 peluru berpandu dalam dua gelombang serangan dengan menyasarkan bandar pelabuhan Israel, Haifa, Tel Aviv, Baitulmaqdis dan Rehovot.

Bangunan kediaman bertukar menjadi runtuhan apabila peluru berpandu balistik menyerang sasaran di Israel, lapor portal berita The Sun.

Tentera Israel dengan pantas bertindak balas dengan melakukan serangan udara di Tehran semasa mereka berusaha untuk memintas peluru berpandu Iran.

Jet-jet pejuang Israel menyerang empat sasaran di Tehran, termasuk Kementerian Pertahanan Iran dan kemudahan nuklear.

Kebakaran besar-besaran juga dilihat marak di depot minyak Tehran selepas Tel Aviv melakukan serangan udara.

Rakaman video di internet menunjukkan depot minyak Iran, Shahran terbakar selepas serangan Israel.

Iran dan Israel berada di ambang perang besar-besaran selepas Tel Aviv menuduh Tehran cuba membangunkan bom nuklear, telah melancarkan serangan awal pada Jumaat lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI