fbpx

Remaja kena ‘sentuh’ adalah peminat selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar hari ini di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Remaja perempuan berusia 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa amang seksual merupakan peminat kepada selebriti terkenal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa pernah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini dalam acara dipercayai konsert selebriti itu.

Katanya, kelakuan amang seksual terbongkar selepas laporan dibuat oleh ibu mangsa.

“Kami percaya mangsa memang peminat (kepada selebriti itu). Daripada perjumpaan di beberapa venue, itu yang mereka boleh kenal.

“Mereka juga sebelum ini ada berjumpa dua kali dalam konsert selebriti itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menegaskan, pihaknya masih menunggu keputusan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya selepas kertas siasatan diserahkan sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Kosmo! sebelum ini melaporkan selebriti terkenal yang ditahan berhubung kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini didakwa baru kali pertama membawa mangsa ke hotel.

Maklumat tersebut diperoleh selepas polis menjalankan soal siasat ke atas lelaki tersebut.

Suspek dan mangsa yang juga pelajar berkenalan kira-kira dua bulan lalu.

Terdahulu, selebriti itu ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI