fbpx
LOKASI kejadian pergaduhan melibatkan 20 individu di hadapan sebuah surau di Jalan Sakeh, Taman Sakeh, Muar, semalam.

4 lelaki diberkas bergaduh guna senjata depan surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan 20 individu dalam kejadian depan sebuah surau di Jalan Sakeh, Taman Sakeh, di sini tengah malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihak polis menerima maklumat kejadian berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah malam.

“Pihak polis berjaya menahan empat suspek manakala empat yang lain sedang menerima rawatan di hospital akibat kecederaan.

“Kesemua suspek merupakan warga tempatan di mana suspek yang selebihnya masih bebas dan sedang diburu pihak polis.

“Motif pergaduhan kes ini masih dalam siasatan pihak polis,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Raiz, kes disiasat bawah Seksyen 148, 326 dan 307 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata sehingga menyebabkan parah.

Ujar beliau, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut serta usaha masih dijalankan bagi mengenal pasti semua individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor, Erwine Pedaron di talian 013-7609454 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI