BUKAN seorang dua, khabarnya ramai lelaki sudah cuba mengubat hati pempengaruh dan pelakon, Ira Kazar selepas bercerai pada September tahun lalu.
Namun difahamkan bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu ingin menumpukan dahulu perhatian terhadap kerjaya. Begitupun, terbaru wanita terbabit memuat naik gambar mesra dengan seorang lelaki yang boleh tahan kacak dikenali sebagai Sirac Kaya dalam Insta Story.
Dipercayai, lelaki itu berasal dari Turkiye berdasarkan kepada gambar bendera negara tersebut yang diletak pada profil Instagram miliknya.
Kalau betul si kacak itu hadir bagi mengisi kekosongan hati Ira, siapa kita untuk menghalang.
Lagi pun jika individu yang hadir mempunyai ciri lelaki idaman serta mampu menjaganya, apa tunggu lagi kan.
Jangan pula ada mulut jahat yang tinggalkan komen macam-macam, biarlah sebab semua orang berhak bahagia. Tak gitu?
DIVA: Lepas Melly Goeslaw, tak sabar nak tunggu konsert Sheila On 7 pula. Rossa dan KD pun tengah menghitung hari tu.