fbpx
SEBAHAGIAN pelanggan membelek barangan yang dijual di Pasar Kemboja, Kolam Muda, Pendang semalam.

Peniaga Pasar Kemboja balik awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENDANG – Peniaga di Pasar Kemboja di Kolam Mada dekat sini, tersenyum lebar apabila barang jualan mereka licin dalam tempoh yang singkat selepas di­serbu pelanggan yang ingin membuat persiapan akhir Hari Raya Aidiladha sejak awal pagi semalam.

Pasar tersebut diserbu se­awal pukul 7 pagi untuk pelanggan mendapatkan pakaian, kuih-muih dan peralatan rumah pada harga berpatutan.

Dessari Abdul Latif, 42, dari Kuching, Sarawak berkata, pasar itu menjadi lokasi pilihan keluarganya setiap kali pulang ke kampung suami di Jeniang, Sik.

“Murah sangat sampai baju kurung pun RM30 sepasang. Kami juga beli sedikit kuih dan kerepek untuk juadah esok.

“Raya Haji ini walaupun me­numpang, namun tetap meriah bila semua ahli keluarga berkumpul dan buat sedikit persiapan,” katanya.

Ruslan Aziz, 43, dari Kodiang pula berkata, dia membawa anak dan isteri untuk membeli baju raya kerana harganya murah dan banyak pilihan.

Peniaga pakaian, Zulkifli Adam Cha, 42, berkata, jualannya me­ningkat dua kali ganda berban­ding hari jualan mingguan biasa.

“Kalau minggu Jumaat biasa, jualan sederhana saja, tapi bila nak dekat raya, memang ramai. Kami jual baju raya dengan harga bermula RM30 hingga RM50 sepasang. Memang laris,” kata­nya.

Pasar Kemboja atau turut dikenali sebagai Bazar Melayu Kemboja dibuka setiap Jumaat sejak lebih 10 tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN