fbpx

Satu bahagian lembu korban serendah RM399

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar (tengah) bersama pembeli lembu korban termurah bagi Parlimen Permatang Pauh, hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 100 ekor lembu yang ditawarkan pada harga termurah hasil inisiatif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diyakini dapat menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, seekor lembu yang dijual dengan harga RM2,800 seekor atau RM399 bagi satu bahagian itu adalah ‘pilot project’ yang dilaksanakan malah mendapat sambutan menggalakkan.

“Sebanyak 40 kawasan termasuk agensi kerajaan, masjid, surau, pusat tahfiz, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Parlimen Permatang Pauh telah menerima agihan lembu korban melalui program ini.

“Kita peroleh lembu-lembu korban ini secara pukal melalui kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan Johor Plantations Group Berhad.

“Inisiatif ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memahami keinginan umat Islam khususnya golongan kurang berkemampuan memperolehi peluang untuk melaksanakan ibadah korban dengan harga mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Agihan Perdana 100 Ekor Lembu Korban Termurah Parlimen Permatang Pauh di Tapak Pasar Malam Taman Arowana di sini hari ini.

Tambahnya lagi, diharapkan program yang dilaksanakan itu dapat diperhebatkan ke seluruh negara pada tahun depan nanti. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI