fbpx

Penentuan dua calon rebut Ballon d’Or

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAL (tengah) berkeyakinan tinggi pasukannya mampu menewaskan Perancis awal pagi esok. - SEFUTBOL

STUTTGART – Bintang Barcelona, Lamine Yamal bersedia menjadikan aksi separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) antara pasukannya, Sepanyol menentang Perancis awal pagi esok sebagi penentu gelaran Ballon d’Or.

Yamal, 17, menyahut cabaran ramai untuk meletakkan namanya sebagai pendahulu perebutan anugerah individu berprestij dunia itu, mengatasi dua pencabar utamanya, Ousmane Dembele (Paris Saint-Germain) dan Raphinha (Barcelona).

“Siapa anda undi untuk pemain terbaik tahun ini atau adakah ia bergantung kepada perlawanan Khamis ini (aksi Sepanyol menentang Perancis awal pagi esok)?

“Bagi saya, ia (Ballon d’Or) harus diberikan kepada pemain yang cemerlang sepanjang tahun tetapi semua orang mempunyai pandangan tersendiri.

“Secara peribadi, saya amat yakin akan memenangi perlawanan Khamis ini (menentang Perancis). Sama ada menang atau tidak, saya akan tetap undi pemain terbaik sepanjang tahun,” kata Yamal.

Yamal menjaringkan 18 gol dan mencipta 25 bantuan jaringan daripada semua 55 penampilan bersama Barcelona dengan memenangi gelaran trebel La Liga, Piala Raja Sepanyol serta Piala Super Sepanyol.

Kini, peluang Yamal untuk mencipta sejarah baharu sebagai pemenang Ballon d’Or termuda amat cerah sekiranya Sepanyol menjuarai kejuaraan UNL musim ini.

Sebagai rekod, legenda Brazil dan Real Madrid, Ronaldo Nazario kekal sebagai pemain termuda memenangi Ballon d’Or ketika usia 21 tahun 95 hari pada 1997. – AGENSI=

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI