fbpx

Penumpang ‘pucat’ tertinggal RM33,000 di dalam bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penumpang (tengah, gambar kiri) tertinggal wang RM33,000 di dalam bas. - Foto SBS Transit/Facebook

SINGAPURA – Seorang penumpang yang meninggalkan beg mengandungi wang tunai SGD$10,000 (RM33,000) di dalam bas SBS Transit 39 panik dan meminta bantuan untuk mendapatkannya kembali, lapor portal berita MSNews hari ini.

Dalam catatan di laman Facebook semalam, perkhidmatan bas SBS Transit berkata, seorang penumpang menghubungi Stesen Bas Tampines mengenai beg yang ditinggalkan.

Penolong Penyelia Stesen Bas Tampines, Choong Seong Kuong yang bertugas pada hari kejadian menerima panggilan dan menyedari betapa mendesaknya keadaan itu.

Dia segera memaklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi yang berjaya menjejaki bas tersebut.

Pusat kawalan berhubung dengan pemandu bas, Dong Depeng yang memandu kenderaan awam terbabit.

Dia mendapati beg itu selamat dan tidak disentuh dan menyerahkannya kepada Choong apabila bas kembali ke stesennya.

Penumpang berkenaan mendapat kembali wang tunainya dalam masa hanya satu jam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI