fbpx

Projek rintis biodiesel B20 bagi GSE kukuhkan kedudukan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari mengisi minyak sawit B20 pada jentera sebagai simbolik Majlis Peluncuran Projek Rintis Pengunaan Biodiesel Sawit B20 bagi Ground Service Equipment di KLIA. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG- Inisiatif projek rintis penggunaan biodiesel sawit B20 bagi kenderaan dan jentera perkhidmatan darat (GSE) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia yang bertanggungjawab dan proaktif.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penggunaan B20 bukan sekadar simbolik permulaan sebuah projek, tetapi mencerminkan komitmen kementerian dalam mencapai pelepasan karbon sifar melalui pembangunan industri penerbangan mampan.

“Kita mahu memperkenalkan inisiatif di mana kita nak (lihat) lapangan terbang ini menggunakan biodiesel B20, sekarang ini (mereka) guna B10, jadi kita bawa kepada B20.

“Penggunaan B20 di sini lebih kurang 350,000 liter sebulan, tapi yang kita buat ini ‘trial’ untuk B20, kalau berjaya nanti kita akan ‘roll out’.

“Ia merupakan salah satu inisiatif untuk negara sebab kita ada komitmen yang kita beri kepada dunia bahawa kita mahu capai pelepasan karbon sifar 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Projek Rintis Penggunaan Biodiesel Sawit B20 bagi Ground Service Equipment di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI