fbpx

[VIDEO] Penjual buah tepi jalan jadi punca kemalangan dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka memaparkan seorang penjual buah dirempuh motosikal ketika melintas jalan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penjual buah melintas jalan secara melulu mengundang padah apabila dirempuh sebuah motosikal.

Melalui sebuah video tular di Thread, penjual buah tersebut dilihat cuba melintas ke seberang jalan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau.

Sebuah motosikal kemudian merempuh lelaki berkenaan dan turut melanggar sebuah lagi kereta.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan peniaga buah tersebut yang dikatakan menjadi punca kemalangan berlaku.

“Dulu dah ada larangan sudah tak boleh jual begini.. Bila polis buat kerja adalah segenlitir cakap polis atau orang atasan tutup periuk nasi orang. Keselamatan ditolak tepikan,” kata Nurnilamsari.

“Berhentilah meniaga dekat jalan raya .. menyusahkan bila jadi macam ni,” kata Padnia.

“Semua larangan ada sebabnya. Sedangkan bawak kenderaan atas jalan raya pon ada risko, inikan pulak jalan kaki. Tapi tulah, kalau pihak berkuasa ambil tindakan, kata tutup periuk nasi,” kata Hashi.

Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 50,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI