fbpx

Newcastle mahu berbelanja sakan beli pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ (kanan) meledak gol kemenangan Everton ke atas Newcastle di St. James Park kelmarin. - AFP

LONDON – Newcastle United djangka tampil sibuk pada jendela perpindahan pemain yang akan kembali dibuka 1 Jun ini selepas berjaya kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Walaupun tewas 0-1 kepada Everton pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. James Park kelmarin, skuad kendalian Eddie Howe itu sebenarnya bernasib baik untuk meraih tempat kelima musim ini.

Ia susulan kegagalan pencabar mereka, Aston Villa tewas 0-2 kepada Manchester United sekali gus menyaksikan kelab bimbingan Unai Emery itu terlepas slot UCL dan sekadar meraih tiket Liga Europa sebagai pasukan tempat keenam.

Howe sendiri berharap status sebagai pencabar UCL musim depan akan menjadi tarikan kepada pemain baharu dan mampu mengelak situasi sama berulang yang menyaksikan The Magpies gagal mendapatkan seorang pun pemain dalam tiga jendela perpindahan sebelum ini.

“Aura Liga Juara-Juara Eropah menjadi tarikan dan kami tidak boleh nafikan faktor itu untuk membawa masuk pemain baharu. Jadi kami boleh ‘jual’ kejayaan ini kepada pemain yang kami akan pertimbangkan untuk dibawa masuk.

“Kami kena perkukuhkan kewangan serta aspek lain untuk mendapatkan pemain yang betul dan saya harap kami mampu melakukannya,” katanya.

Dalam aksi itu, Everton tampil dengan idea berbeza di mana jaringan tunggal Carlos Alcaraz memastikan kemenangan buat pelawat yang kini berjaya tampil lebih baik sejak kembali dilatih oleh David Moyes.

Kelebihan jaringan dimiliki menjadi nilai tambah kepada The Magpies untuk mengetepikan Villa selepas kedua-dua pasukan terikat 66 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI