fbpx

Imunisasi Tdap ditawarkan secara percuma bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkifli (empat dari kanan) ketika sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Pemberian imunisasi Tdap (tetanus, difteria dan acellular pertussis) untuk ibu mengandung dengan usia kehamilan antara 28-32 minggu mula ditawarkan percuma hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, vaksin itu ditawarkan di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

Beliau berkata, vaksin ini bertujuan memberi perlindungan awal kepada bayi baru lahir bagi mengelak terdedah kepada komplikasi Pertussis atau Batuk Kokol sebelum melengkapkan jadual vaksinasi.

“Kajian antarabangsa juga telah menunjukkan bahawa vaksin ini selamat dan berkesan, tanpa meningkatkan risiko kepada ibu atau bayi,” katanya pada Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, KKM tidak mewajibkan ibu mengandung untuk mengambil vaksin Tdap, namun mereka digalakkan untuk mengambil vaksin itu sebagai perlindungan awal.

Dalam pada itu, Dr. Dzulkifli berkata, selain vaksin untuk ibu mengandung, KKM juga telah mula melaksanakan Program Vaksin Influenza untuk Warga Emas yang telah dilancarkan pada 18 Februari lalu.

Menurutnya, setakat semalam, seramai 97,355 warga emas telah menerima vaksin influenza itu di fasiliti KKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI