fbpx

Ahmad Fauwaz dilantik Mufti Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fauwaz.

PETALING JAYA – Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu berkuat kuasa 23 Mei lalu.

Pelantikan itu diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.

Ketua Pengarah serta seluruh warga JAKIM turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahmad Fauwaz atas pelantikan itu dan mendoakan agar beliau dipermudahkan dalam memikul amanah besar tersebut.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kekuatan dalam memikul amanah besar ini demi kemaslahatan ummah dan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI