fbpx

Bekas atlet sukan mendayung negara juara lelaki terpantas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Rabani muncul atlet Malaysia terpantas pada kejohanan Ironman 70.3 Desaru Coast, Kota Tinggi. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI – Bekas atlet sukan mendayung yang pernah mewakili negara muncul juara bagi kategori lelaki terpantas Malaysia di Kejohanan Ironman 70.3 Desaru Coast, hari ini.

Muhammad Rabani Hashim, 31 berkata, meskipun berdepan dengan kekangan masa untuk berlatih namun dia gembira dengan pencapaian yang diraih.

“Kalau ikut persiapan itu memang tidak cukup sebab saya berlatih secara sambilan kerana bekerja 8 pagi 5 petang dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu. Kadang-kadang sebelum subuh berlatih dan lepas balik kerja.

“Apa yang pernah berlaku di Langkawi menjadi salah satu pembakar semangat saya. Sebelum ini pun banyak juga acara yang gagal lepas itu kita kaji balik kat mana kekurangannya dan baiki,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sementara itu, juara bagi kategori wanita terpantas Malaysia, Yen Chia, 35 berkata tahun lepas dia mendapat tempat kedua, namun tahun ini dia amat gembira kerana berjaya mengatasi rekodnya tahun lalu.

“Cuaca sangat panas dan perjalanan kejohanan ini dianggap sukar namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan pasukan yang sama-sama mendorong dan jadikan motivasi,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan atlet Malaysia diwakili Ahmad Bukhari Anuar, 39, Mohd Hafzi Mohd Arifin, 46 dan Anas Rosli, 29 turut muncul juara kategori pasukan berganti-ganti, sekali gus menewaskan 15 pasukan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI