fbpx

[VIDEO] Dulu pari bakar RM20, sekarang cecah RM85

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang warga emas mengadu tentang kenaikan mendadak harga ikan pari yang boleh mencecah sehingga RM85.

PETALING JAYA – Seorang warga emas meluahkan rasa kecewa dengan kenaikan mendadak harga seekor ikan pari bakar yang dulunya boleh didapati pada harga RM20, naik mendadak sehingga RM85.

Perkongsian itu dimuat naik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem di akaun TikTok miliknya.

Menurut Mohd. Noor Helmy, warga emas itu kesal kerana tidak mampu lagi menikmati hidangan itu yang sebelum ini menjadi kegemaran dia sekeluarga.

“Dulu RM20 anak-beranak boleh makan sampai habis. Sekarang besar sikit saja dah lebih RM80. Nak meniaga mesti nak untung, tapi ini sudah melampau,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai, yang rata-ratanya bersetuju dengan keluhan tersebut dan menyuarakan kebimbangan terhadap peniaga yang meletakan harga yang tidak sepatutnya.

“Memang melampau la harga macam itu,” kata @Juliashapiee

“Kesian dia nak makan tak dapat mahal betul boleh pantau kedai itu,” kata @Ayuuqasyah.

“Bagus ‘uncle’ ini mengadu, masuk periksa harga ikan sekarang di pasar raya,” kata @Aisyahfarah. — KOSMO! ONLINE

@mnhelmy episode ini hari bertajuk.. Mengadu apa Uncle Wong ~~~ 🤪 #DUYONGkita #ybMatDuyong #ceritaduyong #melaka #fyp ♬ original sound – Mohd. Noor Helmy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI