LONDON – Liverpool semakin hampir untuk menyelesaikan urusan perpindahan pemain pertahanan Bayer Leverkusen, Jeremie Frimpong yang sudah menyempurnakan proses ujian perubatan.
Pemain berusia 24 tahun yang memiliki klausa pelepasan bernilai £29.5 juta (RM169.04 juta) nekad meninggalkan Leverkusen ketika Liverpool sedia untuk menggunakan klausa tersebut bagi mendapatkan khidmatnya.
Pengendali Liverpool, Arne Slot dilapor terdesak untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan kanan yang mampu beraksi sebagai pemain sayap menyebabkan Frimpong adalah calon terbaik.
Frimpong sebelum ini membina kariernya menerusia akademi Manchester City sebelum berhijrah ke Celtic dengan harga £300,000 (RM1.71 juta) pada September 2021 dan dibeli oleh Leverkusen pada Januari 2021 dengan nilai £11.5 juta (RM65.89 juta).
Di BayArena, Frimpong tidak mengambil masa lama untuk membuktikan kualiti apabila membantu Leverkusen menjuarai Bundesliga musim lalu menyebabkan khidmatnya mula diintai oleh Liverpool.
The Reds ketika ini sudah memiliki khidmat Conor Bradley yang dianggap pengganti kepada Trent Alexander-Arnold yang bakal meninggalkan kelab itu pada musim panas ekoran kontraknya sudah berakhir.
Bagaimanapun, khidmat Frimpong diperlukan untuk mewujudkan saingan bagi memastikan posisi bek kanan pasukan itu kekal berprestasi terutama dalam memberikan sokongan kepada Mohamed Salah di bahagian tersebut. – AGENSI