fbpx

Cemburu, dendam mungkin motif pemilik spa disimbah asid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (kiri) dibantu oleh orang ramai selepas disimbah asid di premisnya di pekan Beris Kubur Besar, Bachok pada Sabtu lalu.

BACHOK – Cemburu atau dendam mungkin motif utama seorang pemilik spa disimbah asid sehingga parah di Beris Kubur Besar di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian itu selepas seorang wanita berusia 38 tahun ditahan di Kuala Krai petang semalam.

Menurutnya, polis juga menjalankan siasatan sama ada suspek yang ditahan itu pernah berhubung dengan mangsa yang berusia 27 tahun sebelum kejadian.

“Kita akan menghantar telefon bimbit suspek ke Unit Forensik untuk dianalisis bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Kita sudah menunjukkan gambar suspek yang ditahan itu kepada mangsa, namun mangsa memaklumkan dia tidak mengenali wanita yang bekerja di kilang getah di Kuala Krai itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, polis sudah bertemu mangsa, namun wanita itu masih belum boleh bercakap selepas kejadian menimpanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI