fbpx

Intan Najuwa nak tidur pun gulung rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN berseloroh ambil masa berjam-jam bersiap sebelum sedia melelapkan mata.

SEJAK berkahwin ‘saham’ pelakon, Datin Intan Najuwa makin tinggi di mata peminat bahkan kelahiran puteri comel Imane Lunara pada Disember tahun lalu membuatkan tumpuan ramai terus terarah kepada keluarganya.

Segala perkongsian dalam laman sosial meraih perhatian termasuk rutin penjagaan diri dan kecantikannya yang turut dipuji khalayak walaupun ketika mahu tidur.

Bukan sekadar berkongsi amalan menjaga kulit wajah, selebriti berusia 28 tahun itu juga dilihat menggulung rambut bagi memastikan dirinya ‘bersiap’ sebelum tidur.

Menariknya, Intan sempat berseloroh menyatakan proses bersiap sebelum naik katil mengambil masa antara tiga hingga keempat jam.

Tapi kalau dia tak bergurau pun Diva percaya isteri kepada ahli perniagaan itu seorang wanita yang sangat rajin dan kekalkan rutin hariannya.

Kalau sudah sampai tahap ‘curl’ rambut sebelum tidur memang itu sudah masuk tahap lain. Diva tabik spring padanya.

Diva : Tak sabar tengok Imane Lunara besar, mesti secantik ibunya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI