fbpx

Budak perempuan hanyut jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak bomba di lokasi kejadian.

AMPANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan jatuh longkang sebelum dihanyutkan air di hadapan dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Kampung Cheras Baru, petang tadi.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.07 petang tadi.

Pada awal kejadian, mangsa dipercayai jatuh bersama seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut sempat berpaut pada paip dalam longkang tersebut sebelum diselamatkan orang awam.

Setakat ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang hanyut giat dijalankan oleh pihak bomba dan polis di sepanjang longkang termasuk di kawasan Cheras.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut.

Ujarnya, operasi menyelamat dihentikan jam 10.30 malam disebabkan cuaca buruk dan akan disambung esok pukul 8 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI