fbpx

Dua mayat warga Singapura disahkan pasangan suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan mayat dua warga Singapura yang ditemui dalam sebuah rumah inap di Taman Tayton View, Cheras, kelmarin merupakan pasangan suami isteri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, siasatan mendapati punca kematian kedua-dua mangsa adalah kematian mengejut (SDR).

“Kedua-dua mereka datang dan sewa homestay (inap desa). Punca kejadian masih dalam siasatan.

“Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan mayat kedua-duanya masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat di Dewan Serbaguna Desa Rejang, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mayat seorang lelaki berusia 43 dan wanita berusia 33 tahun ditemui terbaring di atas katil dalam salah sebuah bilik di rumah inap berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dilaporkan berkata, penemuan mayat tersebut dilaporkan oleh salah seorang pekerja homestay terbabit kira-kira pukul 12.53 tengah hari.

“Pemeriksaan lanjut di sekitar bilik homestay tersebut mendapati penghawa dingin telah di balut dengan plastik sampah berwarna biru. Tingkap ditutup dengan plastik sampah berwarna biru ditampal dengan pita pelekat.

“Pemeriksaan juga mendapati terdapat pemanggang berbeku yang didalamnya terdapat sisa arang yang telah dibakar. Turut ditemui dalam bilik berkenaan adalah dadah jenis ketamin di dalam piring,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI