fbpx

Cantik sungguh busana pengantin Eyka, Akhyar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOMEN indah majlis resepsi Eyka dan Akhtar yang tidak puas dipandang mata.

INGATKAN satu tetapi rupa-rupanya sudah tidak terkira pula majlis resepsi Eyka Farhana dan Akhyar Rashid.

Diva ingatkan selepas majlis di Langkawi tempoh hari sudah habis, rupa-rupanya ada lagi di Kedah dan khabarnya akan diadakan juga di Kelantan.

Tolak tepi cerita majlis resepsi yang tak berkesudahan, ramai memuji baju-baju pengantin yang dipakai Eyka tidak mencolok mata atau berlebih-lebihan. Mungkin sebelum ini ada artis yang kahwin tapi baju mereka kurang sopan atau ‘over’ sangat.

“Paling suka baju songket Eyka untuk majlis resepsi di Kedah. Cantik dan sopan sahaja, itu baru pengantin Melayu.

“Orang lain kahwin baju bukan main terbelah sana sini tapi dia elok sahaja tertutup sopan.

“Ini bukan raja sehari tapi sudah berhari-hari!” usik pengguna TikTok.

Terpulanglah kalian nak menilai bagaimana, asalkan Eyka dan Akhyar sudah selamat bernikah. Semoga kekal hingga ke Jannah!

Diva: Cuma pakai seluar pendek merah yang Eyka pakai dalam IG macam ‘boxer’ suami pula, sikit lagi nak nampak pangkal paha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI