PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) menyeru agar masyarakat, khususnya para majikan dan rakan sekerja untuk mula menormalisasikan budaya menghormati waktu rehat staf di luar waktu pejabat.
Seruan itu dibuat menerusi satu perkongsian PHM di Facebook agar kumpulan staf ini berasa dihargai oleh orang sekeliling.
“Jom kita biasakan tak mesej atau beri arahan kerja pada staf di luar waktu pejabat, kecuali kalau betul-betul urgent (kecemasan),” menurut hantaran tersebut.
Menurut PHM, waktu di luar pejabat seharusnya digunakan untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga atau sekadar menenangkan fikiran dab bukan menyelesaikan tugasan kerja yang boleh ditunda ke hari berikutnya.
“Bukan semua benda perlu diselesaikan at night (waktu malam). Kalau ada idea atau tugasan, tulis siap-siap, tapi beritahu hari Isnin atau hari bekerja.
“Kita jaga adab kerja, staf pun rasa dihargai. Hormati masa, hormati manusia. Kerja boleh tunggu, kesejahteraan staf tak boleh diganti,” pesan PHM. – KOSMO! ONLINE