fbpx

The Final Reckoning: Tom Cruise tak serik ‘tempah maut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara babak lagak ngeri dijayakan sendiri pelakon ternama Tom Cruise dalam filem terbaharu, Mission: Impossible – The Final Reckoning.

PETALING JAYA – Bakal menginjak usia 63 tahun, pelakon ternama Hollywood, Tom Cruise terus menghipnosis dunia sinema global menerusi lakonan luar biasa filem terbaharu, Mission: Impossible – The Final Reckoning.

Pada tayangan perdana di TGV 1 Utama di sini pagi tadi, usai filem arahan Christopher McQuarrie tamat ditayangkan, rata-rata penonton memberikan tepukan gemuruh gara-gara kehebatan kualiti cemerlang filem edaran Paramount Pictures tersebut.

Mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula esok (17 Mei 2025), naskhah yang menelan bajet pembikinan kira-kira A$300 hingga A$400 juta itu merupakan kesinambungan Dead Reckoning Part One yang diluncurkan dua tahun lalu.

Tanpa membocorkan sebarang spoiler, antara babak yang membuatkan ramai ternganga adalah aksi Ethan Hunt (lakonan Cruise) ‘berpaut’ pada pesawat jenis biplane (sayap jenis bertingkat) pada ketinggian udara yang tidak tercapai akal.

Seperti kebiasaan, kesemua aksi lagak ngeri tersebut dijayakan sendiri oleh Cruise atau nama lengkapnya, Thomas Cruise Mapother IV.

“Apabila anda meninggalkan kokpit (tempat kawalan) pesawat, itu seperti melangkah ke permukaan planet lain.

“Angin memukul anda (Cruise) melebihi 140 batu sejam (225 kph) yang keluar dari kipas. Dia bernafas, tetapi hanya secara fizikal—Dia sebenarnya tidak mendapat oksigen,” ujar pengarah seperti dipetik dalam satu wawancara kepada Festival Filem Cannes.

Selain Cruise, filem berkenaan turut dibintangi pelakon hebat lain termasuklah Hayley Atwell, Ving Rhames, Simon Pegg, Henry Czerny dan Angela Bassett.

Ulasan penuh Mission: Impossible – The Final Reckoning minggu hadapan menerusi sisipan HibGlam hari Sabtu. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI