fbpx

Pierre Andre tak tersaingi kehebatan Syamsul, Syafiq Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pierre tidak cemburu dengan kejayaan diraih Syamsul Yusof dan adiknya, Syafiq Yusof yang kini memonopoli dunia perfileman tanah air. – SADDAM YUSOFF

PETALING JAYA – Pengarah dan pelakon, Pierre Andre menegaskan tidak cemburu dengan kejayaan diraih Syamsul Yusof dan adiknya, Syafiq Yusof yang kini memonopoli dunia perfileman tanah air.

Menurut Pierre, 40, bukan sahaja cemburu, dia juga tidak berasa tercabar dengan pencapaian dua anak pengarah terkemuka, Datuk Yusof Haslam itu sebaliknya lebih bermotivasi untuk menjadi sutradara yang bagus.

“Saya tak rasa tersaingi dengan Syamsul dan Syafiq sebab hakikatnya musuh sebenar adalah diri sendiri.

“Saya selalu ‘berperang’ diri sendiri dan sejujurnya kejayaan mereka hari ini adalah inspirasi untuk menjadi pengarah lebih baik.

“Contohnya, Syafiq hasilkan sebuah filem (Blood Brothers) yang meraih kutipan tinggi yang ketika ini RM76 juta dalam tempoh 33 hari.

“Sebenarnya sewaktu menonton trailer filem itu pun sudah mampu mengutip RM30 juta dengan mudah. Jadi saya fikir, kalau dia boleh, saya juga mampu lakukannya cuma sekarang masih belum temui ‘kuncinya’,” katanya pada majlis doa selamat filem Nar’Sata Sekufu Setan di sini, semalam.

Dalam pada itu, Pierre berkata, dia sentiasa menerima segala kritikan orang ramai mengenai filem-filem arahannya sebelum ini seperti Jangan Pandang Belakang 2 dan Dajal.

Jelasnya, segala kritikan tersebut akan diambil secara positif dan menambah baik filem yang bakal diarahkan selepas ini termasuk Nar’Sata Sekufu Setan.

“Saya sedar dengan semua kritikan orang ramai mengenai filem arahan saya sebelum ini dan ambilnya secara positif.

“Sudah tentu saya pun tak mahu filem saya ketinggalan jauh. Zaman sekarang, kalau dapat kutipan RM2 juta pun bukan satu yang membanggakan.

“Setakat ini, filem-filem arahan saya pun hanya meraih kutipan di bawah RM5 juta. Jadi, saya memang perlu kerja lebih keras untuk jadi lebih baik,” jelasnya.

Nar’Sata Sekufu Setan yang bergenre seram thriller bakal memulakan penggambaran pada 20 Mei depan membariskan pelakon hebat seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Fadlan Hazim, Aniq Suhair, Khatijah Tan dan Khenobu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI