fbpx

Motosikal curi dikebas pencuri lain ketika suspek tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek pertama sudah ditangkap polis. - Polres Inhu

JAKARTA – Seorang pencuri mengalami nasib malang apabila motosikal yang dilarikannya dikebas pencuri lain ketika dia sedang tidur di masjid, lapor laman berita Kompas hari ini.

Kejadian berlaku di Indragiri Hulu (Inhu), wilayah Riau.

Ketua Polis Inhu, Asisten Komisioner Fahrian Saleh Siregar berkata, suspek mencuri motosikal jenis Kawasaki KLX 150 CC pada 28 April lalu.

Setelah menerima laporan daripada mangsa, polis menjejaki suspek sebelum dia berjaya dikesan dan ditangkap di Serdang Bedagai, wilayah Sumatera Utara.

Bagaimanapun, motosikal yang dicuri suspek tiada bersamanya.

Fahrian berkata, selepas disoal siasat, suspek mengaku bahawa motosikal tersebut dicuri ketika dia tidur di masjid.

“Suspek menjelaskan bahawa selepas mencuri motosikal tersebut, dia melarikan diri ke Tebing Tinggi.

“Namun ketika dalam perjalanan, dia berhenti di sebuah masjid dan tertidur. 

“Setelah terjaga daripada tidur, dia mendapati motosikal curi itu telah dilarikan pencuri lain,” kata Fahrian.

Suspek kini ditahan, manakala suspek kedua masih diburu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI