fbpx

[VIDEO] Pemandu Navara didakwa berlumba sebelum rempuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan Nissan Navara sedang membawa laju di lorong kanan sambil diikuti rapat oleh sebuah Mitsubishi Triton.

PETALING JAYA – Pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Duta, Sabtu lalu, didakwa berlumba sebelum kejadian berlaku.

Menerusi satu video kamera papan pemula di bahagian belakang sebuah kereta, rakaman menunjukkan trak pikap tersebut dipandu laju ketika berada di lorong kanan.

Kelihatan di belakang Nissan Navara tersebut ada sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton sedang ‘mencucuk’ atau mengikuti rapat sambil membawa laju.

Kejadian itu menyebabkan pasangan suami isteri yang membawa motosikal di lorong yang sama dirempuh dari arah tepi sehingga tercampak ke atas jalan.

Pasangan suami isteri tersebut dilaporkan mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 53 tahun mengalami retak tulang selangka dan luka pada buku lali.

Isterinya berusia 49 tahun yang juga pembonceng motosikal cedera parah termasuk pendarahan di kepala, patah tulang rusuk dan buku lali.

Hari ini, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata pemandu Nissan Navara tersebut disahkan bukan pemilik kenderaan yang dipandunya.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI