fbpx

[VIDEO] Dengar ibu gajah menangis sepanjang anak bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Faizal menceritakan situasi yang berlaku di lokasi kejadian melibatkan sebuah lori dipercayai melanggar mati seekor anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

PETALING JAYA – “Saya boleh dengar sang ibu (gajah) menangis sambil menolak lori untuk cuba keluarkan anaknya.”

Demikian luahan seorang lelaki yang berada di lokasi kejadian melibatkan sebuah lori dipercayai melanggar mati anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak semalam.

Amir Faizal menerusi siaran langsung di Facebook berkata, sewaktu terlibat dalam rondaan memantau keselamatan, dia mendengar secara jelas tangisan ibu mamalia tersebut yang bersedih dengan kejadian yang menimpa anaknya.

“Satu bunyi kuat dikeluarkan oleh ibu gajah itu ketika cuba menarik anaknya keluar daripada kepala lori ketika enjin masih hidup.

“Malangnya, ia (ibu gajah) tidak mampu menolak lori tersebut dan akhirnya menyerah sebelum pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tiba,” katanya.

Menerusi ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa hiba dan terharu dengan usaha gajah betina tersebut untuk menyelamatkan anak jantannya.

“Memang betul naluri ibu sangat kuat macam manusia, sanggup tolak (lori) sebab nak selamatkan anak bawah itu (lori). Anak masih hidup, tetapi apakan daya bantuan pun takkan sampai dengan cepat jadi ia teman anaknya sehingga akhir hayat,” kata @Natasha_ami118.

“Sedihnya, masih hidup rupanya, tetapi tidak boleh bawa keluar dari bawah lori,” balas @Roe.zelle.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan sebuah video memaparkan seekor gajah betina cuba ‘menolak’ lori yang dipercayai melanggar mati anak gajah jantan di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli sehingga mengundang sebak dalam kalangan orang ramai.

Video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu memaparkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam dengan seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan berat tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI