fbpx

Remaja maut ketika pulang dari masjid, adik parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dinaiki dua beradik yang terbabit dalam kemalangan di Felda Lui Timur, Jempol malam tadi. - Foto PDRM

JEMPOL – Perjalanan pulang dua beradik dari Masjid Felda Lui Timur, di sini ke rumah mereka berakhir dengan tragedi selepas terbabit dalam kemalangan malam tadi.

Nahas pada pukul 9.15 malam itu mengorbankan Muhammad Hadzriq Mohamad Sani, 17, yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Juasseh.

Mangsa yang parah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lui Muda sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Adiknya, Muhammad Hudzayr, 15, iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Lui Barat parah di bahagian dada dan masih dirawat di Hospital Jempol.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar, setibanya di lokasi kejadian motosikal Honda C100 ditunggang dua beradik itu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar pokok kelapa sawit.

“Penunggang motosikal meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakala pembonceng cedera,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Jempol, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746 bagi membantu siasatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI