fbpx

Liga Europa: Kerja keras Mount buahkan hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT

MANCHESTER – Manchester United mengesahkan kemaraan ke pentas final Liga Europa selepas memastikan kemenangan bergaya dengan agregart 7-1 ke atas Athletic Bilbao di Old Trafford awal pagi tadi.

Bagaimanapun, perlawanan separuh akhir kedua menyaksikan United terlebih dahulu ketinggalan sebelum mempamerkan kebangkitan untuk meraih kemenangan 4-1 dengan pemain tengah, Mason Mount berjaya mencuri tumpuan.

Bekas pemain Chelsea itu mengharungi musim yang sukar selepas bergelut dengan kecederaan berpanjangan sepanjang kempen saingan musim ini.

Bagaimanapun, usaha gigih dan kesabaranannya untuk pulih akhirnya berjaya memberi impak membantu The Red Devils selangkah sahaja lagi untuk menjuarai saingan Liga Europa.

Mount meledak gol pertamanya di Old Trafford sejak menyertai United menerusi perpindahan bernilai £55 juta (RM313 juta) pada 2023 di hadapan Stretford End yang penuh meriah.

“Jelas sekali, sejak saya berada di sini, saya mengalami kecederaan, kemunduran, tetapi saya sentiasa kekal positif dan saya tahu sesuatu yang baik akan datang dan saya meneruskannya,” ujar Mount.

Pemain tengah England itu hanya mengambil masa 10 minit di atas padang untuk menyambut hantaran Leny Yoro dan melepaskan rembatan melencong ke penjuru kanan gol Bilbao untuk gol pertama sebelum melengkapkan gol kedua peribadi dan gol keempat United dengan rembatan jarak jauh yang menarik.

Mount yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara bersama The Blues dan mencatat 129 penampilan liga di Stamford Bridge, namun kurang mendapat peluang bermain selepas berhijrah ke Manchester ekoran siri kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI