fbpx

OPR kekal tiga peratus atau turun?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penurunan kadar OPR yang dijangkakan diumumkan petang ini bakal melegakan ramai peminjam. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dijangka  mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus hari ini.

Pengumuman tersebut dijangka dibuat pada pukul 3 petang ini selepas mesyuarat MPC kali ketiga bagi tahun 2025. 

Dalam dua mesyuarat terdahulu, bank pusat mengekalkan kadar penanda aras pinjaman itu kepada tiga peratus.

Rata-rata penganalisis berpendapat bahawa, MPC bakal membuat keputusan tersebut bagi melonggarkan dasar di tengah-tengah situasi ekonomi semasa yang bakal terkesan akibat kejutan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Bank pusat pernah menurunkan kadar OPR ekoran pandemik pada tahun 2020 dan sebelum itu adalah pada krisis ekonomi global pada tahun 2008 hingga 2009 selain pada Julai tahun 2016 dan Mei 2019. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI