fbpx

Kecederaan tangan Jun Hao tak serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO

KUALA LUMPUR – Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mengesahkan kecederaan tangan dialami di Piala Sudirman baru-baru ini tidak serius dan yakin mampu kembali bersaing dalam kejohanan akan datang.

Jun Hao menjelaskan kecederaan ringan pada tangan kanan itu hanya menyebabkan sedikit ketidakselesaan dan tidak menghalangnya daripada meneruskan latihan menghadapi Terbuka Thailand pada 13 hingga 18 Mei ini.

“Tiada apa yang serius, hanya kurang selesa. Tapi saya okey dan bersedia untuk beraksi lagi,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Mengulas prestasinya di Piala Sudirman 2025, pemain berusia 24 tahun itu menganggap persembahannya memuaskan terutama ketika menewaskan pemain utama Jepun, Kodai Naraoka dalam aksi berkualiti tinggi.

Katanya, banyak perkara perlu ditingkatkan terutama selepas tewas kepada pemain No. 1 dunia dari China, Shi Yuqi menerusi keputusan 6-21, 14-21 dalam tempoh 38 minit.

“Saya rasa lebih baik kali ini, terutama dalam mata-mata penting. Itu jadi perbezaan besar berbanding sebelum ini.

“Ketika berdepan Yuqi, segalanya berbeza kerana cabaran lebih sukar dan dia sangat konsisten, malah berbeza daripada pemain lain. Saya belajar untuk berdepan permainan seperti itu,” tambahnya.

Selepas Terbuka Thailand, Jun Hao bakal beraksi di beberapa kejohanan lain termasuk Malaysia, Singapura serta Indonesia dengan sasaran untuk bermain secara konsisten dan mencapai keputusan yang diinginkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI