fbpx

Ribut pasir landa Arab Saudi, Kuwait, Jordan, Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIBUT pasir besar melanda bandar Arab Saudi di wilayah Al Qassim. - Foto X

RIYADH –  Ribut pasir besar melanda bandar di wilayah Al Qassim, tengah Arab Saudi sehingga penduduk menyamakannya dengan pemandangan dalam filem-filem berkaitan kiamat, lapor portal berita MailOnline semalam.

Rakaman video yang dikongsikan di media sosial memaparkan langit bertukar jingga terang apabila ribut pasir ‘menelan’ bandar itu dan menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.

Seorang saksi berkata di media sosial bahawa ribut  pasir menyebabkan bandar di Al Qassim menjadi sangat gelap dan pokok-pokok hampir tumbang seperti domino. 

Seorang lagi saksi berkata, jalan raya kosong dan penduduk berada di dalam rumah ketika kejadian berlaku.

Arab Saudi dan negara jirannya, Kuwait serta Jordan kini berada di bawah amaran merah berikutan angin kencang dan hujan lebat yang membawa ancaman ribut petir, banjir kilat, hujan batu serta potensi bahaya lain.

Sementara itu, agensi berita AFP hari ini melaporkan, pihak berkuasa Iran mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup di tujuh wilayah barat ketika ribut pasir melanda dari negara jirannya, Iraq.

Kira-kira 13 juta orang diarah kekal berada di dalam rumah, manakala wilayah Khuzestan, Kermanshah, Ilam dan Kurdistan, semuanya terjejas. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI