fbpx

Jaring penahan batu selamatkan nyawa penduduk Bukit Kukus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bongkah batu besar yang jatuh dari cerun di hadapan Pangsapuri Grandview di kawasan Bukit Kukus, Paya Terubong, Sabtu lalu.

GEORGE TOWN – Pemasangan sistem keselamatan cerun iaitu jaring penahan dan pengadang batu di Lorong Bukit Kukus, Paya Terubong di sini berjaya menyelamatkan nyawa dan kenderaan penduduk dalam insiden runtuhan batu yang berlaku Sabtu lalu.

Kejadian berlaku di hadapan Pangsapuri Grandview itu menyebabkan beberapa bongkah batu besar jatuh dari cerun.

Menurut Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, pemasangan sistem berkenaan yang siap sepenuhnya pada 14 November lalumemainkan peranan penting dalam mengelak kejadian yang lebih buruk.

”Sistem ‘rockfall netting’ dan penghadang batu yang telah siap dipasang dengan kos RM6.8 juta ini terbukti menjadi penyelamat.

”Dua buah kenderaan yang diparkir di kawasan berhampiran terselamat daripada dihempap batu terbabit,” katanya di sini hari ini.

Katanya, susulan kejadian itu, pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian runtuhan.

”Buat masa ini, kerja-kerja mitigasi sedang diperincikan oleh pihak jabatan teknikal.

”Saya ingin menasihatkan orang awam agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang laluan cerun buat sementara waktu bagi menjamin keselamatan semua pihak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI